Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan pada tahun 2004 merupakan khusus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. PLKN dilaksanakan berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumi empat modul iaitu modul fizikal (merangkumi antara lain aktiviti kawad, merempuh halangan, merentas desa dan kembara hutan); modul kenegaraan (pengetahuan tentang pembinaan Negara atau nation-building); Modul Pembinaan Karakter (penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal) dan Modul Khidmat Komuniti (merangkumi antara lain aktiviti gotong- royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar). PLKN tidak bersifat kerahan tenaga atau mengikut trend yang diamalkan oleh negara lain.
Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara, PLKN bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda , memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan, dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan.
PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum, terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiviti yang dijalankan menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara peserta tidak mengira kaum atau agama. Modul kenegaraan dapat menyemai semangat cinta akan tanah air di samping membolehkan para peserta mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum. Apabila wujudnya rasa cintakan negara dalam diri peserta, perpaduan kaum dan integrasi nasional serta saling kerjasama antara kaum di Malaysia dapat diwujudkan kerana masing-masing mempunyai satu matlamat, iaitu untuk melihat Malaysia sebagai negara yang aman dan harmonis. Hal ini akhirnya dapat melahirkan remaja yang sanggup berkorban demi perpaduan bangsa.
OBJEKTIF
Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:
- Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
- Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
- Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
- Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
- Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
Perlaksanaan
Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:
- Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
- Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
- Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
- Implikasi kewangan.
- Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
- Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.
Modul Latihan
Modul Fizikal
Modul Fizikal adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan,…
Modul Kenegaraan
Modul Kenegaraan adalah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara….
Modul Pembinaan Karakter
Modul Pembinaan Karakter adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara. Terdapat dua komponen yang akan dilalui peserta di mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain. Di dalam komponen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan.
Modul Khidmat Komuniti
Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu.” Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri. Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan aspirasi tersebut, Program Latihan Khidmat Negara telah dilaksanakan dengan memperkenalkan …
No comments:
Post a Comment